Selasa, 21 Januari 2014

Wanita Sanggup Jadi Hamba Seks Rumah Ke Rumah

Wanita Sanggup Jadi Hamba Seks Rumah Ke Rumah | Wanita sanggup jadi
hamba seks itu juga mengakui, selain menawarkan khidmat seks kepada
orang tempatan, dia juga menawarkan khidmat sama kepada warga asing
termasuk Pakistan, India dan Indonesia.KUALA TERENGGANU – Demi
mendapatkan wang tambahan, seorang wanita warga Kemboja dipercayai
sanggup menawarkan diri untuk dijadikan hamba seks, selain mencari
rezeki menjalankan perniagaan emas Kemboja dari rumah ke rumah.

hamba seks Wanita Sanggup Jadi Hamba Seks Rumah Ke Rumah
Lebih memualkan, pekerjaan ‘lebih masa’ yang dilakukan itu turut
diketahui suaminya, namun disebabkan kesempitan wang, si suami terpaksa
‘tutup mata’ dan merestui pekerjaan yang dilakukan isterinya.

Aktiviti tidak sihat ibu kepada tiga anak itu yang dikenali sebagai
Santari, 24, terbongkar selepas dia ditahan dalam satu serbuan di sebuah
rumah di Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang, sempena Ops 6P
Bersepadu, awal pagi semalam.

Timbalan Pengarah Imigresen, Mohd Shahrir Khalil berkata, siasatan
mendapati pasangan warga asing itu sudah hampir tiga tahun menetap di
negara ini menggunakan pas pelancong.

“Hasil soal siasat, wanita itu mengaku mengambil kesempatan menawarkan
khidmat seks kepada pelanggannya semasa menjalankan perniagaan menjual
barang kemas dari rumah ke rumah.

“Dia mendakwa suaminya yang turut ditahan, tidak kisah dengan pekerjaan
‘tambahan’ itu kerana pendapatan suami sebagai buruh binaan tidak cukup
untuk menampung perbelanjaan keluarga,” katanya.

“Turut ditahan dalam serbuan itu, suami; dua anaknya berusia empat dan
15 tahun dan adik iparnya berusia 19 tahun. Mereka ditahan mengikut
Seksyen 15 (1) (C) Akta Imigresen 1959/63 kerana tinggal lebih masa,”
katanya.

Sementara itu, dalam operasi sama, seorang pelajar tabligh, Rumly El,
19, dari Kemboja turut ditahan atas kesalahan visa tamat tempoh.

Rumly ketika ditemui berkata, dia menyedari visanya sudah tamat tempoh
dua minggu lalu, namun terlambat memperbaharuinya kerana mendakwa
terlalu sibuk bekerja.

“Saya sudah mendalami ilmu agama di negara ini selama lapan tahun.
Sebelum ini saya menuntut ilmu al-Quran di Johor dan selepas tahfiz 30
juzuk, saya mengambil keputusan untuk mendalami ilmu kitab pula.

“Bagaimanapun, akibat masalah kewangan, saya terpaksa menangguhkan
pembelajaran dan datang ke Terengganu untuk bekerja sebagai buruh binaan
sebulan yang lalu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, seramai 135 Pendatang Asing Tanpa Izin berjaya
diberkas dalam Operasi Ops 6P Bersepadu yang dilaksanakan di sekitar
Kuala Terengganu.

Mohd Shahrir berkata, dalam operasi membabitkan seramai 154 anggota
daripada pelbagai jabatan dan agensi itu, seramai 463 warga asing
diperiksa melibatkan 54 lokasi penempatan di seluruh daerah ini.

Jumlah tangkapan itu membabitkan seramai 55 warga Kemboja; 28 warga
Bangladesh; 17 warga Myanmar; tujuh warga Pakistan dan 22 warga India.

Kesemua mereka ditahan atas kesalahan tidak mempunyai dokumen perjalanan
sah dan tinggal lebih masa.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar